30 Sep 2020 |媒体报道

NCT Group, Universiti UCSI Bimbing Pelajar Hadapi Cabaran Dunia Pekerjaan


KUALA LUMPUR: Syarikat pembangunan hartanah NCT Group of Companies (NCT Group) dan institusi pengajian tinggi swasta, UCSI University telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Premier Co-Op bagi membentuk kerjasama demi perkembangan dan manfaat pelajar.

Sesi menandatangani MoU tersebut telah berlangsung di Kampus Kuala Lumpur UCSI University dan dihadiri oleh Pengasas Bersama NCT Group, Datuk Joe Yap Fook Choy dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Pelajar dan Alumni UCSI University Profesor Madya Ir. Dr Jimmy Mok Vee Hoong.

Turut menyaksikan ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NCT Group, Yap Chun Theng.

Majlis menandatangani MoU ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak menerusi peluang pendidikan berdasarkan latihan industri yang merupakan platform penting bagi membentuk kejayaan pelajar di dunia kerjaya kelak.

Menyedari keperluan ini, NCT Group memperkenalkan inisiatif FLY Youth yang membentuk perkembangan positif pelajar. Inisiatif ini bertujuan membentuk pemimpin muda yang berwibawa melalui pelbagai kempen dan pertandingan. Ia turut memberikan pengalaman industri yang boleh meningkatkan kemahiran pelajar.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Fook Choy berkata: “Inisiatif ini memberi peluang kepada NCT Group melatih graduan muda dan memberi nilai tambah selain daripada latihan industri biasa. Inisiatif FLY Youth dapat memberi graduan pengalaman dan jangkaan sebenar dalam dunia kerjaya.”

Turut terlibat dalam kerjasama ini ialah Program Industry Leadership oleh UCSI University yang membantu pelajar menjamin peluang kerjaya dari tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka dan menerima latihan industri serta peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat terkemuka. Pengalaman ini pastinya memberi kelebihan kepada graduan untuk membentuk kemahiran diri.

继续阅读

Media Image
15 Oct 2026

NCT携手雪州发展机器人 明年1月预计迎15家企业

Media Image
8 Sep 2026

NCT高裕轩集团迈入新里程碑 智慧工业园启动二期规划