8 Jun 2021 |媒体报道

Grand Ion Majestic Terima Anugerah


PETALING JAYA – Pemaju hartanah, NCT Group of Companies merekodkan satu lagi pencapai­an utama apabila pembangunan ikoniknya, Grand Ion Majestic diiktiraf sebagai Pelaburan Pembangunan Bertingkat Tinggi Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty 2021 oleh laman web hartanah, iPro­perty.com.my.

Anugerah tahunan yang diadakan baru-baru ini itu mengiktiraf kecemerlangan dalam pembangunan hartanah oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar industri.

Terletak di Genting Highlands, Pahang, Grand Ion Majestic menggabungkan seni bina moden yang inovatif, dilengkapi kemudahan bertaraf dunia serta pemandangan Banjaran Titiwang­sa yang menakjubkan.

Pembangunan atas tanah berkeluasan 0.8 hektar itu terdiri daripada tiga blok menara yang memiliki 1,885 unit pangsapuri.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT Group, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, pihaknya fokus dalam merea­lisasikan misi untuk mencipta karya seni bina dan me­netapkan standard baharu dalam industri hartanah di negara ini.

“Membangunkan projek mega pada ketinggian sebegini bukanlah tugas yang mudah dan pengiktirafan ini membuktikan kemampuan serta kepakaran kami dalam segmen ini.

“Ketika melaksanakan projek ini, kami menghadapi banyak cabaran terutama dalam aspek geografi yang memerlukan pe­rancangan dan kemahiran pe­ngurusan projek yang luas.

“Namun kesemua faktor ini telah berjaya menyumbang kepada keunikan pembangunan Grand Ion Majestic,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tambah beliau, syarikat berbangga kerana iProperty me­n­yedari potensi dalam pembangun­an ini yang akan membawa nilai pelaburan yang besar kepada pelabur.

Source from Kosmo

To view the original article, please click: https://www.kosmo.com.my/2021/06/08/grand-ion-majestic-terima-anugerah/ 

继续阅读

Media Image
15 Oct 2026

NCT携手雪州发展机器人 明年1月预计迎15家企业

Media Image
8 Sep 2026

NCT高裕轩集团迈入新里程碑 智慧工业园启动二期规划