11 Jul 2021 |媒体报道

Grand Flo kini dikenali sebagai NCT Alliance


KUALA LUMPUR, 11 Julai -- Grand-Flo Bhd kini secara rasminya dikenali sebagai NCT Alliance Bhd.

Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata pertukaran nama baharu itu adalah seiring aspirasi kumpulan untuk menempatkan NCT Alliance sebagai peneraju pemaju hartanah dengan kepakaran dalam usaha pemulihan projek-projek terbengkalai.

“Ini merupakan permulaan baharu bagi melonjakkan kemampuan teras kamu dalam sektor hartanah.

“Usaha pengambilalihan baru-baru ini membuktikan langkah pertama kumpulan untuk muncul sebagai salah satu daripada 10 pemaju terkemuka di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, NCT ALliance telah menjalankan beberapa projek pembangunan hartanah termasuk Grand Ion Majestic (GIM), Grand Ion Delemen (GID), Mahkota Kampar dan Acacia Residences.

Susulan perubahan nama itu, saham-saham NCT Alliance akan diniagakan serta disenaraikan dengan singkatan NCT di Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 12 Julai, 2021.

Sumber dari BERNAMA

Untuk membaca artikel asal, sila klik: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1981278

继续阅读

Media Image
15 Oct 2026

NCT携手雪州发展机器人 明年1月预计迎15家企业

Media Image
8 Sep 2026

NCT高裕轩集团迈入新里程碑 智慧工业园启动二期规划